Tuesday, 12 June 2012
Sunday, 10 June 2012
Thursday, 7 June 2012
FIRE DRILL 2012
30 Mei 2012- Aktiviti latihan kebakaran yg pertama telah dijalankan di SMKCT bertujuan untuk melatih semua warga sekolah agar sentiasa
bersedia apabila berlaku kebakaran di sekolah.Pihak Bomba dari Balai
Bomba Petra Jaya telah memantau serta memberikan komen tentang
perjalanan aktiviti ini.Secara keseluruhannya program ini mencapai
objektif dan mendapat pujian dari pihak Bomba.
Semasa berlakunya
simulasi kebakaran tersebut, keadaan menjadi kelam kabut apabila pelajar
melihat asap yang berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa sekitar padang
sekolah.Mujurlah kecekapan jentera Bomba yang sampai tepat pada masanya
dapat memadamkan kebakaran yang sengala dilakukan.Mangsa yang cedera
juga dapat diselamatkan.Secara keseluruhannya program ini telah berjaya
dan mencapai apa yang dihasratkan.Semoga suatu hari nanti aktiviti
seperti ini akan dapat dijalankan agar pendidikan kebombaan akan dapat
dihayati semua wargaSMKCT.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMKCT 2012
16 Mei 2012 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut dengan
meriah. Acara bermula di tapak perhimpunan dengan mendengar ucapan
perutusan daripada YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Pelajaran dan Yang
Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Manakala persembahan guru
dan murid diadakan selepas itu. Acara sukaneka telah diadakan di padang
sekolah untuk guru-guru selepas waktu rehat. Di akhir sambutan jamuan
makan tengahari dan penyampaian hadiah telah diadakan di kantin sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)