30 November 1995 - SMK Chini Timur (Cawangan) telah beroperasi secara tidak rasmi bagi sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1. Pada 4 Disember 1995 - SMKC (C) beroperasi pada permulaan bagi sesi 95/96 bertempat
di Sekolah Kebangsaan ( LKTP ) Chini Timur 2 & 3 ( SKCT 2 & 3), di Blok
B pada sidang petang sahaja .
1
Januari 1997 - SMK Chini Timur telah diwujudkan dengan rasminya pada bagi
menggantikan SMKC(C). SMK Chini timur telah beroperasi secara berasingan SMKC
dan penempatan SMK Chini Timur adalah di Blok B di SKCT 2 & 3 pada sidang
petang sahaja.
Tahun 1998 - SMK Chini Timur telah beroperasi di Blok C dan di SKCT 2 & 3
dalam dua sesi pagi dan sesi petang.
Tahun 2000 - SMK Chini Timur telah
beroperasi di Blok C dan D di SKCT 2 dan 3 dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan
sesi petang.
30 Ogos 2000 - SMK Chini Timur berpindah secara rasmi ke sekolah baru dan
beroperasi secara rasmi pada 11 September 2000 iaitu selepas Cuti Pertengahan
Penggal ke-2. Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada waktu pagi
sahaja.
Pada
sesi 2001, bilangan pelajar bertambah daripada 33 orang kepada 46 orang iaitu
30 orang PPP Siswazah dan 12 orang PPP Bukan Siswazah serta 4 orang GSTT.
Pentadbiran sekolah dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu
Makmal dan 3 orang Pembantu Am Rendah.
Pada
tahun ini juga, SMK Chini Timur menjalani perubahan bilangan kelas yang amat
besar kerana telah mewujudkan kelas tingkatan 4 sebanyak 6 buah kelas. Pada 1
Februari 2001 pula pelajar SMK Chini tingkatan 5 telah berpindah ke SMK Chini
Timur sebanyak 3 kelas menjadikan jumlah kelas semuanya sebanyak 26 kelas iaitu
6 buah kelas tingkatan 1, 6 buah kelas tingkatan 2 dan lima buah kelas tingkatan
3.
Bagi
Menengah Atas, SMK Chini Timur telah menawarkan 1 kelas Sains, 1 kelas Akaun, 2
kelas Ekonomi dan 2 kelas Sastera bagi tingkatan 4. Tingkatan 5, 1 kelas Sains
dan 2 kelas Ekonomi. Pada sesi 2000, peperiksaan PMR telah dilaksanakan di sekolah
baru. Keputusannya SMK Chini Timur telah berjaya mendapat 63.4% dengan 13 orang
pelajar cemerlang dan seramai 2 orang memperolehi 8A.