Monday 28 April 2014

Tuesday 12 June 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 1 hingga 5 telah dijalankan bermula pada 14 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012 iaitu sebelum cuti pertengahan tahun. 





Sunday 10 June 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK DIDIKKU


Sesi persekolahan penggal ke-2 bermula pada 11 Jun 2012



Thursday 7 June 2012

FIRE DRILL 2012

30 Mei 2012- Aktiviti latihan kebakaran yg pertama telah dijalankan di SMKCT bertujuan untuk melatih semua warga sekolah agar sentiasa bersedia apabila berlaku kebakaran di sekolah.Pihak Bomba dari Balai Bomba Petra Jaya telah memantau serta memberikan komen tentang perjalanan aktiviti ini.Secara keseluruhannya program ini mencapai objektif dan mendapat pujian dari pihak Bomba.

Semasa berlakunya simulasi kebakaran tersebut, keadaan menjadi kelam kabut apabila pelajar melihat asap yang berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa sekitar padang sekolah.Mujurlah kecekapan jentera Bomba yang sampai tepat pada masanya dapat memadamkan kebakaran yang sengala dilakukan.Mangsa yang cedera juga dapat diselamatkan.Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dan mencapai apa yang dihasratkan.Semoga suatu hari nanti aktiviti seperti ini akan dapat dijalankan agar pendidikan kebombaan akan dapat dihayati semua wargaSMKCT.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMKCT 2012

16 Mei 2012 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut dengan meriah. Acara bermula di tapak perhimpunan dengan mendengar ucapan perutusan daripada YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Pelajaran dan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Manakala persembahan guru dan murid diadakan selepas itu. Acara sukaneka telah diadakan di padang sekolah untuk guru-guru selepas waktu rehat. Di akhir sambutan jamuan makan tengahari dan penyampaian hadiah telah diadakan di kantin sekolah.