Thursday, 7 June 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMKCT 2012

16 Mei 2012 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut dengan meriah. Acara bermula di tapak perhimpunan dengan mendengar ucapan perutusan daripada YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Pelajaran dan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Manakala persembahan guru dan murid diadakan selepas itu. Acara sukaneka telah diadakan di padang sekolah untuk guru-guru selepas waktu rehat. Di akhir sambutan jamuan makan tengahari dan penyampaian hadiah telah diadakan di kantin sekolah.