FIRE DRILL 2012
30 Mei 2012- Aktiviti latihan kebakaran yg pertama telah dijalankan di SMKCT bertujuan untuk melatih semua warga sekolah agar sentiasa
bersedia apabila berlaku kebakaran di sekolah.Pihak Bomba dari Balai
Bomba Petra Jaya telah memantau serta memberikan komen tentang
perjalanan aktiviti ini.Secara keseluruhannya program ini mencapai
objektif dan mendapat pujian dari pihak Bomba.
Semasa berlakunya
simulasi kebakaran tersebut, keadaan menjadi kelam kabut apabila pelajar
melihat asap yang berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa sekitar padang
sekolah.Mujurlah kecekapan jentera Bomba yang sampai tepat pada masanya
dapat memadamkan kebakaran yang sengala dilakukan.Mangsa yang cedera
juga dapat diselamatkan.Secara keseluruhannya program ini telah berjaya
dan mencapai apa yang dihasratkan.Semoga suatu hari nanti aktiviti
seperti ini akan dapat dijalankan agar pendidikan kebombaan akan dapat
dihayati semua wargaSMKCT.